Followers

dah foLLow amik Award yek

Showing posts with label peristiwa. Show all posts
Showing posts with label peristiwa. Show all posts
Friday, December 9, 2011

Gerhana Bulan Penuh Sabtu ini – 10 Disember 2011

 
 
 Pada 10 Disember 2011 ini, kita akan dapat menyaksikan fenomena Gerhana Bulan Penuh sekali lagi. Kali terakhir rakyat Malaysia dan di rantau Asia Tenggara menyaksikan fenomena gerhana seperti ini ialah pada bulan Jun 2011 lepas. Fenomena ini akan berlaku pada waktu puncak, iaitu sebaik sahaja matahari terbenam dan berlarutan sehingga ke lewat tengah malam. Tidak seperti gerhana yang lepas, yang mana ia berlaku lewat tengah malam sehingga ke matahari terbit keesokan paginya, gerhana kali ini dijangka dapat disaksikan dengan mudah oleh orang ramai.

Fasa gerhana ini akan bermula pada jam 7.31 petang. Namun apabila bulan mula menghampiri kawasan bayang-bayang bumi yang lebih gelap, dikenali sebagai umbra, barulah kesan gelapnya mudah kelihatan, iaitu sekitar jam 8.30 malam
 
 sekian (^_~)v "JANGAN PERNAH BERHENTI BERHARAP"
Monday, December 5, 2011

Sunnah Puasa Hari ‘Asyura Bulan Muharram

 
 
Tazkirah Ringkas Sunnah Puasa Hari ‘Asyura Bulan Muharram
Oleh: Prof. Madya Dr. Mohd Asri Zainul Abidin

“Bersempena dengan kedatangan hari sembilan (tasu’a) dan sepuluh (‘asyura) Muharram ini saya mengingatkan para pengunjung sekelian tentang kita semua disunatkan berpuasa pada hari-hari berkenaan. Sekurang-kurangnya berpuasalah pada sepuluh Muharram. Ini seperti yang ditunjukkan dalam hadis-hadis berikut;

Sementara perhentian iaitu kematian, tidak pula kita tahu waktunya yang tepat. Namun yang pasti apabila ia sampai, tidak dilewatkan walaupun sesaat jua. Kita hamba Tuhan di persada masa.


عن ابن عباس رَضِيَ اللَّهُ عَنهُ أن رَسُول اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيهِ وَسَلَّم صام يوم عاشوراء وأمر بصيامه. مُتَّفّقٌ عَلَيهِ
Daripada Ibn Abbas r.a.:“Bahawa Rasulullah s.a.w. berpuasa pada hari ‘asyura dan memerintahkan agar berpuasa padanya”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim dalam sahih mereka).
عن أبي قتادة رَضِيَ اللَّهُ عَنهُ أن رَسُول اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيهِ وَسَلَّم سئل عن صيام يوم عاشوراء فقال: ((يكفر السنة الماضية)) رَوَاهُ مُسلِمٌ.
Daripada Abu Qatadah r.a. : bahawa Rasulullah s.a.w ditanya tentang puasa hari ‘asyura. Baginda menjawab, “(Puasa tersebut) Menghapuskan dosa satu tahun yang lalu”. (Riwayat Muslim)
وعن ابن عباس رَضِيَ اللَّهُ عَنهُما قال، قال رَسُول اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيهِ وَسَلَّم: ((لئن بقيت إلى قابل لأصومن التاسع)) رَوَاهُ مُسلِمٌ.
Daripada Ibn Abbas r.a. beliau berkata: “Rasulullah s.a.w bersabda, “Sekiranya aku masih hidup sampai tahun depan, maka aku akan berpuasa pada (hari) kesembilan”(Riwayat. Muslim).
Semoga Allah merahmati kita semua dalam berlumba-lumba mendampingiNya.

 
 sekian (^_~)v "JANGAN PERNAH BERHENTI BERHARAP"
Wednesday, August 31, 2011

A i D i L F i T R i 2 0 1 1


tanda ingatan buat geng-geng blogger ^_~ 
semoga Syawal ini disambut penuh bermakna
 


 
sekian ^_~ "JANGAN PERNAH BERHENTI BERHARAP"
Tuesday, June 28, 2011

Penghayatan Dan Renungan Sempena Israk Mikraj


Bismillahirrahmanirrahim~Assalamualaikum @};-

Sempena kedatangan Israk Mikraj pada 27 Rejab 1432 Hijrah bersamaan 29 Jun 2011 Masihi ,marilah kita hayati dan renungkanlah Peristiwa Israk dan Mikraj.

Di sebalik keajaiban-keajaiban peristiwa Israk dan Mikraj yang memberi pelbagai pengajaran, ia juga adalah penghibur kepada seluruh umat Islam pada masa kini, sebagaimana ia telah memberi kegembiraan kepada Nabi Muhammad SAW dan seluruh umat Islam pada waktu itu.

Perjuangan bagi melakukan pembaharuan di dalam segenap hal ehwal kehidupan manusia menerusi petunjuk agama ternyata harus melalui pelbagai rintangan dan tantangan. Pada satu-satu keadaan, cabaran yang harus ditempuh terlampau berat di mata dan dibahu yang memikulnya.

Nabi Muhammad SAW dan umat Islam telah melalui dan menempuh cabaran dan rintangan ini di dalam usaha bagi menyebarkan sinar ajaran Islam. Malah, tantangan yang mereka hadapi teramat berat sekali. Nabi Muhammad SAW secara khusus berdepan dengan pelbagai ancaman dan rintangan jiwa dan fizikal. Peristiwa dihina oleh masyarakat Taif umpamanya tenyata memeritkan hati dan nurani baginda.








Gambar Dari Google
 

Dalam keadaan tekanan perasaan yang sedemikian, kehilangan isteri tercinta, Khadijah dan bapa saudara yang pengasih, Abu Talib, menyulitkan lagi kesedihan dan kegelisahan Nabi Muhammad. Kesedihan yang bertimpa-timpa berlaku terhadap seorang Nabi dalam menjalankan amanah agama memberi petunjuk yang begitu jelas akan sifat dan tabiat cabaran yang harus didepani oleh umat Islam di dalam menegakkan cita-cita agama.

Kesedihan sedemikian dikongsi bersama oleh para sahabat dan pengikut Baginda yang setia. Mereka juga terpaksa melalui tindak balas penentang Nabi dalam bentuk ancaman, pemulauan dan siksaan. Kegelisahan dan keperitan hidup sungguh terasa. Namun kesabaran menjadi penawar dan keyakinan terhadap kebenaran agama menjadi benteng ketahanan diri.

Di dalam suasana kesedihan dan keadaan tidak menentu inilah, peristiwa Israk dan Mikraj terjadi kepada Nabi Muhammad SAW. Ia ternyata menjadi penghibur yang paling menenangkan kepada Nabi Muhammad SAW dan seluruh Umat Islam pada waktu itu.

Pengkisahan Nabi Muhammad SAW akan perjalanan malam baginda ke Baitul Maqdis seterusnya ke Sidratul Muntaha, melegakan perasaan umat Islam. Kisah yang penuh keajaiban itu ditanggap sebagai petunjuk akan sinar kejayaan yang sedang menanti umat Islam begitu pasti. Israk dan Mikraj ternyata memberi keyakinan dan berjaya meningkatkan keazaman umat Islam dalam berpegang teguh kepada seluruh petunjuk dan ajaran agama.

Israk dan Mikraj menjadikan umat Islam merasai dengan amat dekat akan janji-janji Allah S.W.T yang benar. Keyakinan umat Islam terhadap kebenaran agama Islam bertambah utuh. Mereka berasa teramat dekat dengan kekuasaan Allah S.W.T dan mempercayai akan pertolongan Allah S.W.T terhadap hamba-hambanya yang tulus di dalam perjuangan agama.

Umat Islam juga sungguh terhibur dengan kisah pertemuan Nabi Muhammad SAW dengan para Nabi dan Rasul terdaulu di dalam perjalanan malam baginda tersebut. Ia memberi petunjuk yang jelas akan kesahihan salasilah tanggungjawab kerasulan Nabi Muhammad SAW dan kemuliaan baginda.

Keyakinan baru timbul dari pengkisahan ini betapa ajaran Islam yang dibawa Nabi Muhammad SAW adalah pelengkap kepada warisan ajaran Tawhid dari Nabi-Nabi terdahulu. Umat Islam berasa sungguh terhormat kerana terpilih menjadi sebahagian dari masyarakat yang bakal menyumbang kepada usaha memperbaharui keimanan dan kepercayaan masyarakat manusia yang sebahagian besar telah terseleweng dari ajaran Tawhid yang sebenar.

Barangkali inila antara petunjuk yang paling menonjol dari peristiwa Israk dan Mikraj kepada umat hari ini. Di dalama suasana tekanan yang luar biasa hari diri dari segenap sudut kehidupan, umat Islam hari ini perlu menjadikan peristiwa Israk dan Mikraj sebagai sumber penghibur kepada mereka. Umat Islam perlu terus meningkatkan keyakinan bahawa Allah S.W.T sentiasa bersama-sama dengan umat Islam dan janji-janji kemenangan kepada umat Islam adalah benar sekiranya mereka dapat memenuhi segala syarat-syarat kemenangan di dalam kehidupan di dunia ini.

Umat Islam tidak harus menjadi terlalu gundah di dalam mendepani segala cabaran pada masa kini. Kesedihan yang terasa akibat dari segala masalah dan kelemahan yang menimpa umat Islam masa kini pasti terubat seandainya hikmah dari peristiwa Israk dan Mikraj ini benar-benar dihayati.

Tugas utama umat Islam hari ini ialah melakukan pembaharuan dalaman dan memperbaiki segala kelemahan-kelemahan dari pelbagai sudut. Ini memerlukan langkah persepakatan dan pemuafakatan bersama bagi mengenalpasti punca-punca kelemahan serta persediaan yang perlu dilakukan bagi mendepani segala cabaran pada masa kini. Salah faham terhadap agama dan umat Islam pada masa kini, terutama oleh masyarakat bukan Islam, boleh diatasi menerusi penjelasan secara rasional dan berterusan serta menerusi tauladan sikap dan kecemerlangan.

Ini menuntut umat Islam memberi keutamaan kepada usaha-usaha perpaduan dan inisiatif peningkatan ilmu dan kemahiran. Keutamaan ini akan dapat dilakukan sekiranya umat Islam sanggup melakukan pembaharuan berfikir dan perubahan budaya ke arah cara hidup yang lebih berdaya maju. Kesemua ini adalah syarat-syarat kemenangan yang perlu dipenuhi sebagai sebahagian sunnatullah atau hukum alam, sebelum janji-janji Allah S.W.T yang benar terjelma.

Israk dan Mikraj harus menjadi pegangan untuk umat Islam bertindak dengan lebih berhikmah di dalam berdepan dengan keadaan kesedihan pada hari ini. Sesungguhnya, tiada jalan singkat bagi mengatasi cabaran dan rintangan melainkan menerusi usaha yang gigih di dalam segala urusan sebagaimana telah ditauladani oleh Nabi Muhammad SAW dan umat Islam terawal.

Kebesaran dan keangungan Allah S.W.T yang tergambar menerusi peristiwa ini seharusnya memberikan kita keyakinan dan keazaman untuk bersama-sama meneruskan cita-cita agama yang diwarisi dari Nabi Muhammad SAW dan Umat Islam terawal menerusi usaha penyampaian risalah Islam untuk seluruh masyarakat manusia.

dipetik dari blog  wazy84
sharing is caring ^_~ tQ



 
 i'm proud to be Me
sekian (^_~)v "JANGAN PERNAH BERHENTI BERHARAP"

Friday, March 11, 2011

Tsunami di Jepun 11 March 2011

  inilah tanda kekuasaan ALLAH s.w.t sama-samalah kita berdoa agar kita sentiasa dibawah lindungan ALLAH s.w.t
 
 
 
Gegaran dikesan pada kedalaman 10 kilometer dan 125 kilometer di timur Jepun atau kira-kira 380 kilometer ke timur laut Tokyo.

Bandar Onahama di utara Jepun kemudian turut dibadai ombak tsunami setinggi enam meter.

Stesen Televisyen Tempatan, N-H-K berjaya merakamkan ombak tsunami menghanyutkan kereta, trak, rumah dan bangunan di bandar berkenaan.

Ekoran bencana itu, Kementerian Pertahanan Jepun mengerahkan lapan pesawat tentera ke kawasan terjejas dengan bencana itu.

Pusat Amaran Tsunami Pasifik mengeluarkan amaran tsunami di Jepun, Russia, Kepulauan Markus dan Utara Mariana.

Sejurus selepas gegaran dikesan, penduduk di kawasan pesisir pantai Jepun telah diarah menyelamat diri ke kawasan selamat.

Agensi meteorologi memberi amaran malapetaka tsunami di pesisir pantai pasifik Jepun.

Amaran yang sama turut dikeluarkan pusat amaran tsunami di Hawaii.

Dengan gempa sekuat 8. 9 skala Richter, ia dijangka akan melanda kebanyakan negara kepulauan di Lautan Pasifik.

Ia termasuk Guam, Taiwan, Filipina dan dan tidak terkecuali Hawaii.
 
 
 
 
sekian (^_~)v "JANGAN PERNAH BERHENTI BERHARAP"

Tuesday, March 8, 2011

International Women's Day 2011


 

About International Women's Day

 
When:  Tuesday 8 March 2011
Where: Everywhere
What:   International Women's Day (8 March) is a global day celebrating the economic, political and social achievements of women past, present and future. In some places like China, Russia, Vietnam and Bulgaria, International Women's Day is a national holiday.
Why:   Suffragettes campaigned for women's right to vote. The word 'Suffragette' is derived from the word "suffrage" meaning the right to vote. International Women's Day honours the work of the Suffragettes, celebrates women's success, and reminds of inequities still to be redressed. The first International Women's Day event was run in 1911. 2011 is the Global Centenary Year. Let's reinvent opportunity for working women and all women ...
 

You should know about... International Women’s Day 2011

 
Back in 1911 International Women’s Day was celebrated for the first time with one million men and women attending rallies campaigning for women’s rights to work, vote, be trained, to hold public office and to end the general discrimination levelled at the female of the species. 100 years on the battle for equality continues but the day has become a global event celebrating the economic, political and social achievements of women past, present and future. In certain places such as China, Russia, Vietnam and Bulgaria, International Women’s Day is even a national holiday – and without a royal wedding in sight!
International Woman’s Day takes place on Tuesday 8 March and the UK is leading the celebrations with nearly 400 events taking place with businesses, celebrities and women from all walks of life getting involved to show their support. If you think the war on equality has been won you’d be wrong but we have most certainly come a long way from the days of the suffragettes who fought for our right to vote, however according to Unicef, “Women perform 66% of the world’s work, produce 50% of the food, but earn 10% of the income and own 1% of the property.” Sound equal to you? Nor us, which is why handbag.com has got together with the organisers of International Women’s Day to celebrate your success and to help fill the gaps when you’re confidence dips and your self-esteem falters. So make sure you check out all our great content aimed at empowering women including an interview with shadow home secretary and minister for women and equalities, Yvette Cooper and our brand new monthly column by lifestyle guru and founder of the female business model SEED, Lynne Franks.
Also, to ensure the centenary is significantly celebrated Oxfam’s Global Ambassador Annie Lennox OBE has created a coalition of leading charities to create EQUALS, a campaign to demand a more equal world. The coalition is evolving and currently includes ActionAid, Amnesty International, Oxfam, Save the Children and The White Ribbon Alliance among many others all looking to renew the call for an equal world. Gender equality isn’t yet a reality in any country, the EQUALS coalition believe that the 100th anniversary of International Women’s Day is the perfect time to fire up the debate over what an equal world would look like and it’s time for all of us to step up, speak out and join in to make in equal world a reality rather than a dream.
For more information on International Women’s Day visit internationalwomensday.com.
 


 
 
sekian (^_~)v "JANGAN PERNAH BERHENTI BERHARAP"

LifE~LivE~LovE (^_~)v

AWARD (7) blogger (16) contest (6) DiaRy aKu :0) (7) FrENd's (4) islamic (9) Movie (3) Note's (12) penulisanku (1) peristiwa (6) pic's (11) story of Me (1) Suara Hati (1) VidEo ;o) (4) Wordless Wednesday (13)

Asmaul Husna


About Me

My Photo
LyNMafia80
i'M WithOut LOVE is DiE
View my complete profile

My Dream Will Come True InsyAllah

LIMA Langkawi
Prince Charming
Nikon DSLR
Kerjaya

BaNNER kawaN2

create your own banner at mybannermaker.com!



Photobucket

Powered by BannerFans.com

gayah x 2

Create your own banner at mybannermaker.com!

AcuRoseDay

miszalina

Create your own banner at mybannermaker.com!

Create your own banner at mybannermaker.com!

create your own banner at mybannermaker.com!





Photobucket

Create your own banner at mybannermaker.com!

weedaliem

create your own banner at mybannermaker.com!

create your own banner at mybannermaker.com!

Create your own banner at mybannermaker.com!

tag2

/centre>

link to M.I.B

create your own banner at mybannermaker.com!

Suarapeople

tag2

”ayieslife”

Award's

contest

 

Net Blog

i F~oLLO~w

Powered by Blogger.