Followers

dah foLLow amik Award yek

Wednesday, December 7, 2011

WORDLESS WEDNESDAY #10 SAHABAT

  Setiap hari rabu, semua blogger post gambar di blog mereka tanpa meletakkan sebarang keterangan untuk menjelaskan gambar tersebut, biar gambar yang menceritakan semuanya.
 
 
sekian (^_~)v "JANGAN PERNAH BERHENTI BERHARAP"

Gaji Pertama Part Time Job

21.11.2011 bermulanya part time job aku di sebuah pasaraya sebagai juruwang, mulanya aku kurang yakin dengan diri sebab sejarah dulu aku jadi juruwang asyik kurang je. Sudah aku pun phobia nak jadi juruwang tapi kali ini berbeza pula sebab staf senior beri tunjuk ajar yang begitu baik sekali. Syukur sangat dapat bekerja dalam suasana yang begini bila penat pun tak perasan sangat hehehe dan kali pertama dapat id sendiri buka kaunter tertera pada resit nama aku wah bangganya hehehe ^_~
 
 Paling penting ucapan terima kasih aku pada sahabat baik a.k.a ofismate aku sebab dia yang besusah payah tanyakan part time job ini untuk aku. Terima kasih RAHIMAH AHMAD ^_~
 
  Alhamdulillah rezeki yang Allah beri syukur sangat-sangat, walaupun kepenatan melakukan kerja part time nie tapi ada kepuasan saat bekerja sebab suasana yang seronok untuk bekerja disamping hati ini ikhlas melakukannya. Jadinya inilah hasil dari penat lelah aku berkorban waktu terluangku Alhamdulillah terima kasih Allah @};-


 
 
sekian (^_~)v "JANGAN PERNAH BERHENTI BERHARAP"
Tuesday, December 6, 2011

~Ke̲r̲a̲n̲a̲ Ak̲u̲ Wa̲n̲i̲T̲a̲~

 
kerana aku wanita
 pandangan Adam mampu tembus ke dasar hatiku
 
kerana aku wanita 
ingin disayangi itu fitrah diriku 
kerana aku wanita 
mudah terpikat dengan keindahan akhlak seorang lelaki
 
 kerana aku wanita 
emosiku selalu mengatasi logik akalku
 
 kerana aku wanita 
air mata teman setiaku
 
kerana aku wanita 
sensitivitiku terhadap sesuatu amat tinggi 
 
 DAN.. 
 
kerana aku wanita 
aku damba pertolongan darimu Adam 
peliharalah bicaramu denganku 
jangan bermain kata denganku 
takut rosak hatiku
 
kerana aku wanita 
akhlakmu ukuran dimataku 
peliharalah akhlakmu dan imanmu 
jangan kau burukkan darjatmu pada mataku 
takut rosak thiqohmu
 
kerana aku wanita 
maka peliharalah susunan kata-katamu 
kerana aku mudah terasa 
namun aku bukan lemah 
sekadar ingin kau tahu hati ini mudah tercalar
 
kerana aku wanita 
peliharalah dirimu dari mencemuhku 
saat titisan jernih mengalir dari mataku 
kerana itu cara untukku 
meluahkan perasaanku 
supaya hatiku tenang kembali

kerana aku wanita 
aku memang sangat peka 
maka fahamilah kecerewetanku ada sebabnya
 
WAHAI ADAM, 
 
kalau kau sangka berpakaian selekeh itu 'cool', 
hakikatnya kau begitu buruk pada pandangan kami. 
 
andai kau rasa 'usha' itu tanda kejantanan, 
darjat mu telah jatuh pada pandangan kami 
 
jika kau fikir hidup membelakangkan agama itu kemodenan, 
maka tiada lagi hormat untukmu dari kami.






sekian (^_~)v "JANGAN PERNAH BERHENTI BERHARAP"
Monday, December 5, 2011

Sunnah Puasa Hari ‘Asyura Bulan Muharram

 
 
Tazkirah Ringkas Sunnah Puasa Hari ‘Asyura Bulan Muharram
Oleh: Prof. Madya Dr. Mohd Asri Zainul Abidin

“Bersempena dengan kedatangan hari sembilan (tasu’a) dan sepuluh (‘asyura) Muharram ini saya mengingatkan para pengunjung sekelian tentang kita semua disunatkan berpuasa pada hari-hari berkenaan. Sekurang-kurangnya berpuasalah pada sepuluh Muharram. Ini seperti yang ditunjukkan dalam hadis-hadis berikut;

Sementara perhentian iaitu kematian, tidak pula kita tahu waktunya yang tepat. Namun yang pasti apabila ia sampai, tidak dilewatkan walaupun sesaat jua. Kita hamba Tuhan di persada masa.


عن ابن عباس رَضِيَ اللَّهُ عَنهُ أن رَسُول اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيهِ وَسَلَّم صام يوم عاشوراء وأمر بصيامه. مُتَّفّقٌ عَلَيهِ
Daripada Ibn Abbas r.a.:“Bahawa Rasulullah s.a.w. berpuasa pada hari ‘asyura dan memerintahkan agar berpuasa padanya”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim dalam sahih mereka).
عن أبي قتادة رَضِيَ اللَّهُ عَنهُ أن رَسُول اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيهِ وَسَلَّم سئل عن صيام يوم عاشوراء فقال: ((يكفر السنة الماضية)) رَوَاهُ مُسلِمٌ.
Daripada Abu Qatadah r.a. : bahawa Rasulullah s.a.w ditanya tentang puasa hari ‘asyura. Baginda menjawab, “(Puasa tersebut) Menghapuskan dosa satu tahun yang lalu”. (Riwayat Muslim)
وعن ابن عباس رَضِيَ اللَّهُ عَنهُما قال، قال رَسُول اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيهِ وَسَلَّم: ((لئن بقيت إلى قابل لأصومن التاسع)) رَوَاهُ مُسلِمٌ.
Daripada Ibn Abbas r.a. beliau berkata: “Rasulullah s.a.w bersabda, “Sekiranya aku masih hidup sampai tahun depan, maka aku akan berpuasa pada (hari) kesembilan”(Riwayat. Muslim).
Semoga Allah merahmati kita semua dalam berlumba-lumba mendampingiNya.

 
 sekian (^_~)v "JANGAN PERNAH BERHENTI BERHARAP"

LifE~LivE~LovE (^_~)v

Asmaul Husna


About Me

My Photo
LyNMafia80
i'M WithOut LOVE is DiE
View my complete profile

My Dream Will Come True InsyAllah

LIMA Langkawi
Prince Charming
Nikon DSLR
Kerjaya

BaNNER kawaN2

create your own banner at mybannermaker.com!



Photobucket

Powered by BannerFans.com

gayah x 2

Create your own banner at mybannermaker.com!

AcuRoseDay

miszalina

Create your own banner at mybannermaker.com!

Create your own banner at mybannermaker.com!

create your own banner at mybannermaker.com!





Photobucket

Create your own banner at mybannermaker.com!

weedaliem

create your own banner at mybannermaker.com!

create your own banner at mybannermaker.com!

Create your own banner at mybannermaker.com!

tag2

/centre>

link to M.I.B

create your own banner at mybannermaker.com!

Suarapeople

tag2

”ayieslife”

Award's

contest

 

Net Blog

i F~oLLO~w

Powered by Blogger.