Followers

dah foLLow amik Award yek

Wednesday, January 11, 2012

 Aku suka sangat lagu nie, akhirnya dapat juga cari hehehe. 
JOM LAYANNNNNNNNN ^_~v


 



 
 
 
 
 


 
 


WAHAI SAYANGKU,MENGAPA MEMBISU,
ENGKAU MEMBUAT HATIKU TERHARU,
JANGANLAH BEGITU,WAHAI SAYANGKU,
KU PUJUK,KU RAYU KEPADAMU,
BUANG YANG KERUH
HAI AMBIL YANG JERNIH,
ITULAH TANDANYA RUKUN DAN DAMAI
CINTAKU PADAMU TAK AKN BERALIH,
OH SAYANG,DENGAR KATAKU INI,
WAHAI SAYANGKU,JANGANLAH CEMBURU,
ENGKAULAH SEGALANYA UNTUKKU,
OH SAYANGKU,KU RINDU PADAMU,
KU CINTA PADAMU SEPENUH HATI,
OH KASIHKU,HANYALAH PADAMU,
HAI KASIHKU..
HEI,HEI,HEI,HEI,HEI,
WAHAI SAYANGKU......
 
 
 
sekian (^_~)v "JANGAN PERNAH BERHENTI BERHARAP"
Friday, December 23, 2011

Kalkulator Berat Jisim Badan


Selamat pagi Jumaat semua, pagi-pagi lagi aku dah blogwalking blog kengkawan. Banyaknya cerita ceritu hehehe.... Mood nak balik kampung hari nie terpaksa dibatalkan huhu~ sedey jugak tak dapat balik tapi tak pe tahun depan cuti lama sikit... pagi nie nak cerita sikit tentang berat badan, aku selalu je rase yang badan nie sudah makin naik tapi kengkawan kata tak berubah apa pun. Biasalah bila perspektif mata kita yang menilai diri sendiri confirm berbeza dengan orang lain kan kan kan.... jadi tadi masa bw aku jumpa kalkulator berat jisim badan, kalkulator ini menilai adakah berat badan kita ideal atau pun tidak. Aku dah try dan inilah hasilnya
 |
 |
 |
 |
 |
 V
 
gayahidupsihat-healthy 
 
semestinya berat badan aku unggul dan 1kg lagi akan mencapai ideal, kengkawan pun cuba juga ya ^_~
 
 anyway salam jumaat, semoga kita dilindungi dan diberkati pada hari ini insyAllah amin.
 
 
sekian (^_~)v "JANGAN PERNAH BERHENTI BERHARAP"
Thursday, December 22, 2011

Gambar Wang Kertas Baru RM20 Berwarna Oren


 
Bank Negara Malaysia akan memperkenalkan kembali wang kertas RM20 selepas 16 tahun dihentikan. Pengenalan semula wang kertas RM20 dalam siri mata wang baru ini penting kerana ia berfungsi sebagai perantara yang menghubungkan jurang nilai antara RM10 dan RM50 dan akan memudahkan pengguna membuat bayaran.
 
 Wang kertas lama RM20

 Wang kertas baru RM20
 
 Wang kertas RM20 telah lama diperkenalkan sejak siri kedua pada tahun 1982 dan telah dihentikan pengeluarannya pada 1995. Rekaan terbaru kini menonjolkan gambar penyu belimbing di belakangnya dan gambar bunga raya di muka hadapan. Selain itu yang paling ketara ialah warnanya yang lebih terang dan berwarna oren.
 
 
 
sekian (^_~)v "JANGAN PERNAH BERHENTI BERHARAP"

Gambar Warna Warni Duit Baru 2012




 




  sumber gambar dari http://www.facebook.com/metroonline
 
 Seperti yang sedia maklum, Bank Negara Malaysia baru sahaja melancarkan duit syiling dan duit kertas baru Malaysia pada hari ini. Duit syiling akan mula digunakan pada awal tahun hadapan manakala duit kertas akan mula digunakan dalam bulan Julai 2012. Wang kertas terbaru ini bertemakan “Keunikan Malaysia” yang memaparkan ekspresi tradisional berilhamkan seni dan kraf tangan, keajaiban alam semula jadi, flora dan fauna, ekonomi dan tradisi. Ia terdiri daripada wang kertas RM1, RM5, RM10, RM20, RM50 dan RM100. 
 
Berikut adalah beberapa gambar dan fakta menarik tentang duit kertas baru Malaysia yang itu
 



 Wang kertas baru Malaysia
 
Spesifikasi Teknikal Duit Kertas Baru Malaysia
Denominasi Substrat Dimensi Warna
RM100 Kertas 150mm X 69mm Unggu
RM50 Kertas 145mm X 69mm Hijau – biru
RM20 Kertas 145mm X 65mm Jingga
RM10 Kertas 140mm X 65mm Merah
RM5 Polimer 135mm X 65mm Hijau
RM1 Polimer 120mm X 65mm Biru

 

Ciri-ciri Am Duit Kertas Baru Malaysia

Pada bahagian hadapan semua denominasi wang kertas, telah dikekalkan potret Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang pertama, Tuanku Abdul Rahman ibni Tuanku Muhammad, bunga kebangsaan iaitu bunga raya Rosa-sinensis (dikenali sebagai Bunga Raya dalam kalangan penduduk tempatan) dan corak songket kain tenunan tradisional.

Bahagian belakang setiap denominasi wang kertas memaparkan ciri-ciri alam semula jadi, tradisi, budaya, flora, fauna dan ekonomi yang khusus bagi Malaysia.
Untuk duit kertas baru Malaysia kali ini, denominasi RM20 mula digunakan semula setelah diberhentikan beberapa tahun dahulu. Mungkin berita gembira buatr kanak-kanak kerana mereka mungkin akan dapat duit raya RM20 pada tahun hadapan. Berikut adalah sedikit penerangan tentang duit kertas yang baru dilancarkan oleh Perdana Menteri sebentar tadi.
 
 

Wang Kertas RM100 – Keajaiban Alam Semula Jadi

 Dua keajaiban alam semula jadi terkemuka negara yang diisytiharkan sebagai ‘Tapak Warisan Dunia’ oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) dipaparkan pada wang kertas RM100. Keajaiban alam semula jadi yang dipaparkan pada duit kertas RM100 ini ialah Taman Kinabalu di Sabah, dengan Gunung Kinabalu yang hebat dan agung (iaitu gunung tertinggi di Asia Tenggara) dan pembentukan batu mercu batu kapur yang menakjubkan di lembah Gunung Api, yang ditemui di Taman Negara Mulu di Sarawak. Kedua-duanya adlaah alam semula jadi yang sangat mengagumkan dan membanggakan Malaysia.

 

Wang Kertas RM50 – Pertanian dan Teknologi

 Pada wang kertas RM50, gambar kelapa sawit dan bioteknologi dipaparkan sebagai satu ikon ekonomi yang sedang berkembang pesat dan boleh dibanggakan. Kelapa sawit telah menjadi tanaman pertanian negara yang paling utama dari segi ekonomi kerana Malaysia merupakan salah satu pengeluar dan pengeksport terbesar kelapa sawit di dunia. Bioteknologi terus meningkatkan kedudukan komoditi ini dalam rantaian nilai, menyokong transformasi ekonomi negara ke arah aktiviti nilai tambah yang lebih tinggi dalam sektor pertanian, perkilangan dan perkhidmatan.

 

Wang Kertas RM20 – Hidupan Laut

 Setelah sekian lama duit RM20 diperkenalkan semula dengan meletakkan gambar keindahan dan hidupan laut di Malaysia. Duit kertas baru RM20 ini memaparkan gambar dua spesies penyu terkenal dan hanya dijumpai di perairan Malaysia iaitu Penyu Karah (Eretmochelys imbricata) dan Penyu Belimbing (Dermochelys coriacea). Penyu Karah mudah dikenali melalui muncungnya yang melengkung dan kulitnya yang bersisik manakala Penyu Belimbing pula mempunyai kulit yang keras dan tujuh jaluran pada cangkerangnya.

 

Wang Kertas RM10 – Flora

 Wang kertas baru RM10 berwarna merah dan memaparkan Hutan Tropika Malaysia yang tumbuh subur. Spesies Rafflesia Azlanii yang dipaparkan pada wang kertas RM10 baharu ini merupakan spesies asli Semenanjung Malaysia dan mula-mula sekali ditemui di Hutan Simpan Royal Belum di negeri Perak pada tahun 2003. Bunga ini dinamakan sempena nama Sultan Perak, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yusuff Izzuddin Shah Ghafarullahu-Lah.

Wang Kertas RM5 – Hidupan Liar

 Wang kertas baru RM5 bertemakan hidupan liar dan memaparkan gambar burung enggang. Burung Enggang Badak (Buceros rhinoceros), iaitu salah satu spesies burung enggang terbesar dan paling mengagumkan di dunia. Burung  yang menarik, bersayap lebar dan berekor panjang yang boleh ditemui dalam kelompok kecil di hutan hujan di seluruh negara ini memainkan peranan penting dalam budaya dan upacara tradisional negeri Sarawak yang turut dikenali sebagai ‘Bumi Kenyalang’.

Wang Kertas RM1 – Sukan Tradisional

 Wang kertas RM1 masih mengekalkan gambar permainan tradisional, Wau di belakang wang tersebut tetapi dengan rekaan dan bentuk baru. Permainan wau merupakan sukan tradisional yang popular di Malaysia terutamanya di Kelantan dan Terengganu. Permainan wau juga secara tradisinya merupakan suatu acara untuk meraikan hasil tuaian yang baik yang merapatkan masyarakat tempatan negeri-negeri tersebut.

Sempena pengeluaran wang kertas baru Malayia ini, Bank Negara Malaysia akan mengeluarkan duit kertas peringatan yang dijual bermula pada esok hari,  22 Disember 2011 di tempat-tempat yang terpilih.

sumber:
cisdel.com
bnm.gov.my
sekian (^_~)v "JANGAN PERNAH BERHENTI BERHARAP"

LifE~LivE~LovE (^_~)v

Asmaul Husna


About Me

My Photo
LyNMafia80
i'M WithOut LOVE is DiE
View my complete profile

My Dream Will Come True InsyAllah

LIMA Langkawi
Prince Charming
Nikon DSLR
Kerjaya

BaNNER kawaN2

create your own banner at mybannermaker.com!



Photobucket

Powered by BannerFans.com

gayah x 2

Create your own banner at mybannermaker.com!

AcuRoseDay

miszalina

Create your own banner at mybannermaker.com!

Create your own banner at mybannermaker.com!

create your own banner at mybannermaker.com!





Photobucket

Create your own banner at mybannermaker.com!

weedaliem

create your own banner at mybannermaker.com!

create your own banner at mybannermaker.com!

Create your own banner at mybannermaker.com!

tag2

/centre>

link to M.I.B

create your own banner at mybannermaker.com!

Suarapeople

tag2

”ayieslife”

Award's

contest

 

Net Blog

i F~oLLO~w

Powered by Blogger.