Followers

dah foLLow amik Award yek

Friday, December 14, 2012

SELAMAT HARI LAHIR UNTUK SAYA ^_~ 14.12.2012

 Alhamdulillah sehingga hari ini masih diberi kesempatan untuk bernafas dan hari ini juga merupakan hari paling bermakna dalam hidupku, pastinya setiap kelahiran masing2 punya tarikh dan hari ini adalah hari kelahiranku yang ke 32 tahun,
 
 
 
 Semoga segala apa yang aku impikan akan tercapai, insyAllah
 
sekian (^_~)v "JANGAN PERNAH BERHENTI BERHARAP"
Saturday, November 3, 2012

RUN FOR YOUR HEART~IJN

 aktiviti pada hujung minggu ini 4 November 2012


semalam dah amik t-shirt dan kupon goodies bag jadi  bersedia untuk berlari sejauh 5KM 
di Tasek Titiwangsa


habiskan larian baru boleh dapat sijil dan medal ni ^_~ best kan


jadikan hujung minggu anda sangat bermakna dan berfaedah untuk diri sendiri 
^_~ selamat berhujung minggu
 
 
sekian (^_~)v "JANGAN PERNAH BERHENTI BERHARAP"
Wednesday, October 24, 2012

WORLD WALKING DAY 2012@Putrajaya


Hujung minggu ini tidak akan disia-sia dengan aktiviti yang sangat berfaedah iaitu berjalan kaki, 
jalan kaki pun boleh sihat, jom sertai kami ^_~



 
 
 
sekian (^_~)v "JANGAN PERNAH BERHENTI BERHARAP"

SALAM AIDIL ADHA

 Ampun Maaf Zahir & Batin buat rakan-rakan blogger ^_~
 
 
 10 Z'hijjah 1433
 
Sekian (^_~)v "JANGAN PERNAH BERHENTI BERHARAP"
Friday, August 17, 2012

AIDILFITRI 1433H

 YANG TERISTIMEWA BUAT TEMAN-TEMAN BLOGGER ^_~


 sekian (^_~)v "JANGAN PERNAH BERHENTI BERHARAP"
Monday, August 6, 2012

NUZUL AL-QURAN & MALAM LAILATUL QADAR

 

Nuzul Al-Quran~17 RAMADHAN 1433H


Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga  seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.
‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:
Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)
al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.
Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:
”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)
 
 Hubungan Lailatul Qadar dan Nuzul al-Quran
Lailatul Qadar pula ialah suatu malam pada bulan Ramadhan yang begitu istimewa sekali fadilatnya. Malam al-Qadar adalah suatu malam yang biasanya berlaku pada 10 akhir Ramadhan dan amalan pada malam itu lebih baik baik dari 1000 bulan.
Apakah kaitannya malam al-Qadar dengan nuzul al-Quran? Sebenarnya al-Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah SAW di antaranya firman Allah  SWT

Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! (al-Qadar:1-5)

Mengikut satu pandangan, ayat ini diturunkan  berdasarkan satu riwayat dari Ali bin Aurah, pada satu hari Rasulullah SAW telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikit pun tidak derhaka kepada Allah, lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah SAW menyatakan  bahawa Allah SWT menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah al-Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah SAW dan para sahabat amat gembira.
Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatul qadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.

  Panduan
Dari maklumat serba sedikit di atas tadi sebenarnya banyak boleh dijadikan panduan kepada umat Islam seluruhnya. Antara panduan berkenaan ialah seperti:
1.      Tidak ada perkara yang tidak terdapat dalam al-Quran
2.      Ayat pertama diturunkan ialah ‘iqra’ iaitu ‘baca’ dan Tuhan mengajarkan manusia melalui perantaraan Pena dan Tulisan.
3.  Kelemahan umat Nabi Muhammad beribadat maka dianugerahkan satu masa yang apabila kita mendapatkannya kita akan digandakan pahala melebihi seribu bulan.
 
Apabila disebutkan bahawa tidak ada perkara yang tidak terdapat di dalam al-Quran itu maka ianya memberikan makna bahawa segala ilmu pengetahuan yang merangkumi fardu ‘ain dan fardu kifayah dalam segenap aspek kehidupan merangkumi ekonomi, sosial, perundangan, pendidikan, sains dan teknologi dan lain-lain, segalanya terdapat dalam al-Quran. Tafsiran, kupasan analisa dan penyelidikan membolehkan umat Islam maju mendahului umat-umat lain di dunia ini.
            Manakala penurunan al-Quran pula didahului dengan suatu kalimah ‘iqra’’ iaitu ‘baca’ di mana membaca adalah kunci kepada penerokaan ilmu. Selepas itu pula Allah mengiringi dengan ayat yang bermaksud; Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” Keadaan ini menguatkan lagi bahawa pembacaan dan penulisan itu menjadi antara perkara yang paling penting dalam penguasaan ilmu pengetahuan. Di mana sebagaimana diketahui umum melalui satu ungkapan bahawa: “ilmu pengetahuan dan teknologi itu adalah kuasa”. 
Perkara ketiga ialah hikmah dari anugerah malam al-qadar kepada umat Nabi Muhammad SAW sebagai umat akhir zaman. Mengetahui kelemahan umat Islam akhir zaman ini dalam beribadah maka dianugerahkan satu peluang di mana ibadah yang dilaksanakan pada malam itu digandakan sehingga 1000 bulan. Bermakna kiranya kita dapat melaksanakan ibadah dengan penuh keimanan di 10 akhir Ramadhan, kita akan berpeluang mendapat malam al-Qadar. Ini akan menjadikan kita seolah-olah beramal ibadah selama 1000 bulan iaitu sekitar 83 tahun. Menjadikan kita seolah-olahnya menghabiskan seluruh hidup kita dan usia kita dalam ibadah.
Bagi mencari malam-malam yang berkemungkinan sebagai malam al-qadar, maka kalangan ulama ada menyatakan bahawa, malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam al-qadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah SAW pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan. Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah SAW. menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya. Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan. Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan. Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah SWT supaya setiap

Kesimpulan     
Sebagai kesimpulannya marilah kita sama-sama menghayati nuzul al-Quran ini sebagai suatu peristiwa besar yang penuh makna dan hikmah. Kita seharusnya melihat al-Quran itu sebagai ‘kitab induk’ panduan Ilmu pengetahuan untuk memajukan manusia seluruhnya. Memajukan manusia yang lebih penting adalah memajukan umat Islam terlebih dahulu melalui penguasaan ilmu pengetahuan dan teknologi. Membaca al-Quran itu adalah suatu ibadah. Sekarang bolehlah kita panjangkan ‘membaca’ al-Quran itu kepada menganalisa, mengkaji, menyelidiki dan mencari rahsia ilmu pengetahuan di dalam al-Quran dan seterusnya menghasilkan penulisan-penulisan yang akhirnya memajukan dunia ini dan khasnya memajukan umat Islam dan seterusnya mengeluarkan umat Islam dari belenggu kelemahan dan penghinaan.
 
Rujukan: islam.gov.my
 
sekian (^_~)v "JANGAN PERNAH BERHENTI BERHARAP"
Tuesday, July 31, 2012

TERIMA KASIH PAHLAWAN

  JASA PAHLAWAN TIADA TANDINGAN, 
TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PERWIRA 

  
KITA HARUS BERSYUKUR...MEREKA MENGGADAI NYAWA DEMI MASA DEPAN KITA
KALAU TIDAK KERANA MEREKA, DI MANAKAH KITA SEKARANG?
 
KITA HARUS BERSYUKUR...DIBUAI LENA BERNAUNGKAN KESELESAAN
SIANG MALAM MEREKA TAK TIDUR, DIKELILINGI HUTAN BELANTARA, BERTEMANKAN PACAT DAN SERANGGA
 
KITA HARUS BERSYUKUR...SALING BERTUKAR GANTI PAKAIAN HARUM LAGI BERSIH
SERAGAM HAMIS, BERKERINGAT...BERMINGGU-MINGGU MELEKAT DI BADAN
 
KITA HARUS BERSYUKUR...PELBAGAI MAKANAN TERSEDIA, CUMA SELERA MENENTUKAN PILIHAN
SEHARIAN SUNTUK BELUM LAGI MENJAMAH...WALAUPUN SESUAP NASI
 
KITA HARUS BERSYUKUR...MASIH MEMPUNYAI MASA DEPAN YANG SUNGGUH CERAH
MEREKA KORBANKAN MASA DEPAN MEREKA...BUAT ANUGERAH MASA DEPAN KITA 
 
 KITA HARUS BERSYUKUR...
KENANGKAN JASA MEREKA...MASA DEPAN JANGAN DISIA-SIAKAN!

TERIMA KASIH PAHLAWAN MALAYSIA!
 
 
 
 
 
sekian (^_~)v "JANGAN PERNAH BERHENTI BERHARAP"
Wednesday, July 25, 2012

WORDLESS WEDNESDAY #12 MUSLIMAH SOLEHAH


 
 
  Maksud Wordless Wednesday
Setiap hari rabu, semua blogger post gambar di blog mereka tanpa meletakkan sebarang keterangan untuk menjelaskan gambar tersebut, biar gambar yang menceritakan semuanya.
 
 
sekian (^_~)v "JANGAN PERNAH BERHENTI BERHARAP"
Sunday, July 22, 2012

Ayam Bakar Pandan



 Rasanya lama tidak kemaskini blog ni kan, sejak pindah tempat baru ni memang sibuk sebab tanggungjawab kerja telah bertambah dan tak sempat pun nak masak hari-hari macam berada ditempat lama dulu. Baru-baru ni terasa nak tajamkan kemahiran memasak semula, jadi menu tak dirancang ini dibuat pada hari saya berpuasa sempena bulan Syaaban dan malam Nisfu Syaaban, jom tengok apa yang jadi ^_~
 


 
 Bahan-bahan
Ayam (ikut suka nak banyak mana pun)
serbuk kari
daun kari
bawang besar
bawang putih
halia
kiub pati ayam
daun pandan
garam secukup rasa 
minyak masak

Cara Menyediakan
1. Ayam dicuci bersih-bersih
2. gaul ayam dengan garam secukup rasa
3. sediakan bahan-bahan seperti dalam gambar
4. bahan-bahan tadi ditumbuk sekali separuh lumat
5. bahan-bahan yang telah ditumbuk tadi digaulkan bersama ayam
6.  setelah digaul sebati biarkan dalam 5 minit
7. sediakan daun pandan seperti dalam gambar diatas dan masukkan dalam bekas
8. masukkan ayam tadi didalam bekas yang telah diletak daun pandan, kemudian ditutup dan diperap selama 2 jam didalam peti ais
9. bakar mengikut cara masing2
10. hidangan siap =)




 ini cara saya.. hasilnya pasti berbeza mengikut cara masing-masing menyediakannya, selamat mencuba ^_~

sekian (^_~)v "JANGAN PERNAH BERHENTI BERHARAP"

RAMADHAN


Bismillahirramanirrahim..

Ramadhan adalah sebuah kata yang terbentuk dari lima huruf, dan setiap hurufnya memiliki makna tertentu yaitu :

Ra : rahmat (rahmat Allah), Mim : maghfirah (ampunan Allah),

Dhod : Dhommanun li al jannah (jaminan untuk menggapai surga),

Alif : Amaanun min an nar (terhindar dari neraka)

Nun : Nurullahi al Azizi al Hakim al Ghofuuri ar Rahiim (cahaya dari Allah swt yang maha kuasa dan bijaksana, maha pengampun dan pengasih.)
 
 
 
sekian (^_~)v "JANGAN PERNAH BERHENTI BERHARAP"
Saturday, July 21, 2012


 SALAM RAMADHAN BUAT SEMUA, 
SEMOGA RAMADHAN KALI INI LEBIH BERMAKNA DAN SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA DENGAN PENUH KEIKHLASAN...


 
sekian (^_~)v "JANGAN PERNAH BERHENTI BERHARAP"
Sunday, July 1, 2012

 SETIAP KEKURANGAN DIRI AKU CUBA LENGKAPKAN SUPAYA SEMPURNA DIMATA MEREKA TETAPI ITU SEMUA SIA-SIA BILA BERUSAHANYA AKU TIDAK PERNAH MENDAPAT TEMPAT DIMATA MEREKA, SEHINGGA AKU MULA BERHENTI UNTUK MELENGKAPKAN KEKURANGAN ITU DAN INILAH YANG TERGAMBAR DALAM HATIKU
|
|
|
|
V

 ~SEMOGA ALLAH TITIPKAN AKU SESEORANG YANG LENGKAPKAN KEKURANGAN INI~
 
 
sekian (^_~)v "JANGAN PERNAH BERHENTI BERHARAP"
Monday, June 11, 2012

L i L i N



Ada 4 lilin yang menyala, Sedikit demi sedikit habis meleleh.
Suasana begitu sunyi sehingga terdengarlah percakapan mereka

Yang pertama berkata: "Aku adalah Damai" Namun manusia tak mampu
menjagaku maka lebih baik aku mematikan diriku saja! Demikianlah sedikit demi sedikit sang lilin padam.

Yang kedua berkata: "Aku adalah Iman "Sayang aku tak berguna lagi" Manusia tak mau mengenalku, untuk itulah tak ada gunanya aku tetap menyala.
Begitu selesai bicara, tiupan angin memadamkannya.

Dengan sedih giliran Lilin ketiga bicara: "Aku adalah Cinta" Tak mampu
lagi aku untuk tetap menyala. Manusia tidak lagi memandang dan
mengganggapku berguna. Mereka saling membenci, bahkan membenci mereka yang mencintainya, membenci keluarganya.
Tanpa menunggu waktu lama, maka matilah Lilin ketiga.

Tanpa terduga...

Seorang anak saat itu masuk ke dalam kamar, dan melihat ketiga Lilin
telah padam. Karena takut akan kegelapan itu, ia berkata: "Ekh apa yang terjadi?? Kalian harus tetap menyala, Aku takut akan kegelapan!"

Lalu ia mengangis tersedu-sedu.

Lalu dengan terharu Lilin keempat berkata:

Jangan takut, Janganlah menangis, selama aku masih ada dan menyala, kita tetap dapat selalu menyalakan ketiga Lilin lainnya...

"Akulah Harapan"

Dengan mata bersinar, sang anak mengambil Lilin Harapan, lalu menyalakan
kembali ketiga Lilin lainnya.

Apa yang tidak pernah mati hanyalah HARAPAN yang ada dalam hati kita...

Dan masing-masing kita semoga dapat menjadi alat, seperti sang anak tersebut, yang dalam situasi apapun mampu menghidupkan kembali Iman, Damai, Cinta dengan Harapan-Nya!


sekian (^_~)v "JANGAN PERNAH BERHENTI BERHARAP"
Wednesday, January 11, 2012

 Aku suka sangat lagu nie, akhirnya dapat juga cari hehehe. 
JOM LAYANNNNNNNNN ^_~v


 



 
 
 
 
 


 
 


WAHAI SAYANGKU,MENGAPA MEMBISU,
ENGKAU MEMBUAT HATIKU TERHARU,
JANGANLAH BEGITU,WAHAI SAYANGKU,
KU PUJUK,KU RAYU KEPADAMU,
BUANG YANG KERUH
HAI AMBIL YANG JERNIH,
ITULAH TANDANYA RUKUN DAN DAMAI
CINTAKU PADAMU TAK AKN BERALIH,
OH SAYANG,DENGAR KATAKU INI,
WAHAI SAYANGKU,JANGANLAH CEMBURU,
ENGKAULAH SEGALANYA UNTUKKU,
OH SAYANGKU,KU RINDU PADAMU,
KU CINTA PADAMU SEPENUH HATI,
OH KASIHKU,HANYALAH PADAMU,
HAI KASIHKU..
HEI,HEI,HEI,HEI,HEI,
WAHAI SAYANGKU......
 
 
 
sekian (^_~)v "JANGAN PERNAH BERHENTI BERHARAP"

LifE~LivE~LovE (^_~)v

Asmaul Husna


About Me

My Photo
LyNMafia80
i'M WithOut LOVE is DiE
View my complete profile

My Dream Will Come True InsyAllah

LIMA Langkawi
Prince Charming
Nikon DSLR
Kerjaya

BaNNER kawaN2

create your own banner at mybannermaker.com!



Photobucket

Powered by BannerFans.com

gayah x 2

Create your own banner at mybannermaker.com!

AcuRoseDay

miszalina

Create your own banner at mybannermaker.com!

Create your own banner at mybannermaker.com!

create your own banner at mybannermaker.com!





Photobucket

Create your own banner at mybannermaker.com!

weedaliem

create your own banner at mybannermaker.com!

create your own banner at mybannermaker.com!

Create your own banner at mybannermaker.com!

tag2

/centre>

link to M.I.B

create your own banner at mybannermaker.com!

Suarapeople

tag2

”ayieslife”

Award's

contest

 

Net Blog

i F~oLLO~w

Powered by Blogger.