Followers

dah foLLow amik Award yek

Friday, December 31, 2010

2010



di sepanjang tahun 2010 antara aktiviti yg dapat aku laksanakan adalah membaca novel2 di atas hingga final, jalan2 cerita yg begitu menarik dan puas hati. tidak rugi membacanya (^_~)V i love reading...


Friday, December 24, 2010

150 follower's

Alhamdulillah dah sampai 150 follower's semenjak berbloging nie, thanks all yg sudi follow my blog pastinya ada sesuatu untuk anda kerna kesetiaan bersama ~tentangaku~ nantikannya akan dtg. akn diberitahu melalui blogwalking (^_~)v
Wednesday, December 22, 2010

SEGMEN JOM BERKENALAN (^_~)v

loqkimagri

 
aha yg nie aku jumpe time blogwalking kat blog mappiau, cam menarik je kan jadi pe lagi tak teragak2 la nak join jugak hehe. mai kita ngok ape yg perlu dilakukan...

Cara nak join segmen ni cukup mudah..Jom tengok syarat2nya~

1)Buat Entry  bertajuk"SEGMEN  JOM BERKENALAN"
2)Paste banner segmen jom berkenalan dalam entry anda(kalau nak letak kat sidebar pon takpe)..linkkan ke entry ni~


3)Jawab 7 soalan berikut:
-Apakah status anda 
i'm divorced, xtahu la nak citer cam ne ape pun enjoy the life the way i'am syukur dgn apa adanya sekarang
-Ceritakan tentang diri anda  (cth:asal..pekerjaan..belajar katna..bil anak.cita2..bla2.bla..)
anak kelahiran lumut, perak. bekerja sbg pembantu tadbir di sekolah. dip in businees at UiTM Shah Alam. ingin berjaya dalam hidup didunia dan juga akhirat insyAllah amin~

-Ceritakan tentang Blog anda(promosi la sikit)..
  blog tentangaku nie xda la special sangat nak dibandingkan dgn yg lain2 tu cuma aku menulis ikut hati dan kehidupan.

-Apa pandangan anda tentang dunia blog?
blogging is fun make me smiling all the day, dapat info/fakta yg kita boleh sharing sekiranya digunakan dgn cara yg betul. boleh juga berdakwah (tp kena rujuk mereka yg arif jgk tau).

-Nasihat anda kepada rakan2 yang baru nak wat blog..
cepat2 la buat blog, blog nie menyeronokkan sbb jumpe ramai kawan ia seperti kita membina rumah disebuah perkampungan. mungkin anda juga punya idea2 yg lain xda. ape lagi jom blogging hehe (^_~)v

-Nyatakan keunikan yang terdapat pada blog anda..
uniknya sebab aku adalah aku 

-Sampai bilakah anda akan menulis blog dan impian anda dalam dunia blog?
insyAllah sampai menutup mata 
------------------------------------------------------


4)Tagged 4 orang rakan blogger anda
(jangan lupa ingatkan dorang!).. 


5)Linkkan entry anda ke ruangan komen loqkimagri
6)Tarikh tutup sampai 3 Januari 2011~

"SALAM PERKENALAN"


Tuesday, December 21, 2010

cuppies

kalau nak tau cupcakes nie semua aku order dr one of my best frend untuk menyokong dia jalankan kedai cuppies nye dgn berjaya sekali, terbaek untuk ANNE, jom ngok cam ne rupa2 cuppies hasil tangan my best frend nie.... 

 from me 2 my frend~Navy people


suprise besday 4 my Bonda


for my new frend~Navy people
yg nie my 1st order tau, sweet kan cam syg je nak makan hehe

buat adik angkat~Navy people

amacam cara kan, sape2 yg berkenan nak order tu boleh la ke link nie yek ANNE
 terbaik *wink wink (^_~)v
 
Sunday, December 19, 2010

reader's only


aiyakkkk nape tiap kali nak melawat blog2 yg aku follow mesti kuar warning nie tapi xda la semua cuma kadang2 tu, nie yg buat konfius sbb aku memang dah follower owner adessss out of mind la. ada sape2 tau x nape jd cam nie help me plz (^_~)v


Friday, December 17, 2010

spread the love award dari blog nadiazmain



Bismillahirrahmanirrahim
dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

makin seronak lak aku grab award2 nie hehe, yg nie aku dapat dari blog nadiazmain
jadi cam biasa kena la menjawab kan....

1. sejak bila korang mula berblogging?
aiyakkk dah xingat la bila mula blogging tp cam dah lama gak la cuma lately nie je cam seronok berblogging lak hehe

2. mengapa korang berblogging?
blogging is fun make my life smiling ;0)

3. korang selalu buat entry mengenai apa?
selalunya tentang life

4. suka blogwalking tak? nyatakan sebab. :D
sure suka sebab dapat ramai kengkawan dan boleh up traffic jugak hehehe

5. last question, apa pendapat korang mengenai saya (yang bagi korang award ni) ?
kamu seorang yg pemurah, frendly n sweet sangat

top10 yg di tag:

IM2getHER
syafiq
auntie zara
CheQpPJoy
D_08
shiemaemma
MrNamie
insan biasa
aibaks
nora

tenkiu so much (^_~)v



award follower dari blog pwincezznanana



Bismillahirrahmanirrahim
dengan menyebut nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.


agaknya ari nie ari award sedunia kot hehe, jalan2 jumpe aje award nak di grab xkisah la janji award free. award kali nie pun award follower jgk yg aku dapat, jom ngok ape soalan2 yg aku kena answer yek....

100% yakin bahawa aku adalah follower kepada pwincezznanana
full name NOORAZLYN ROSLY asal PERAK
i-simply you ii-pinky iii-something sweet

jadi yg belum jadi follower cepat2 grab award nie yek penuhkan award2 yg sedia ada tu, tenkiu so much (^_~)v


askar lelap


ahaks nie pic ndaway nak pi padang kawad KD PELANDOK untuk P.O.P 2008, penat seyhh pepagi kena wake up dah. aku pun xingat sape amik pic nie. huhu~ rindu lak saat-saat ini. bila lagi la aku dapat join kembali insyAllah selagi ada semangat (^_~)v
Thursday, December 16, 2010

award follower dari blog cikayda

dalam dok pi blogwalking jiran2 aku dapat award nie dr blog cikayda

sebab jadi follower blog nye tapi macam award2 yg lain ada la survey kena answer, jom ngok ape survey cikayda kita nie.....


1-apa pendapat anda tentang en.belogg kesayangan ayda nih??

blog kamu nice lovely macam tuan empunya (^_~)v


2-tuan empunya belogg ni oke ta (cikayda)??
ngok gaya memang frendly *wink wink sebab dia bg award





apa lagi cepat2 jadi follower cikayda yek
tenkiu so much
(^_~)v

Tuesday, December 14, 2010

My Birthday~30


Bismillahirrahmanirrahim
dengan menyebut nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.


ALLah SelaMat Kn aKU 2x
ALLah SeLaMaT Kn NOORAZLYN ROSLY
ALLah SeLaMat kn aKU

Hari ini 14.12.2010 bersamaan dengan 8 Muharam 1432 dah naik satu lagi anak tangga semoga aku dipanjangkan usia dimurahkan rezeki diberi kesihatan yg baik bertemu jodoh yg baik dan dirahmati selalu dalam menjalani kehidupan yg penuh cabaran dugaan dengan ketabahan ikhlas hati insyAllah amin~ (^_~)v

Monday, December 13, 2010

shoutbox pic of me

Bismillahirrahmanirrahim
dengan menyebut nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

mesti korang nampak shoutbox yg ada pic aku tu
kan, tahu x bpe lama aku amik time nak siapkan shoutbox tu perghhhh seharian hujung minggu lepas tu jadi sampai pening aku nak edit2 javahtml hehe tapi hasilnya lumayan kan. aku lak suka explore benda2 cam nie jadi explore la sampai muntah. xtually banyak lagi yg aku kena xplore tentang dunia blogging nie. Alhamdulillah sekarang dah stabil ckit, dah celik tentang blogging nie banyak blogwalking luas pengetahuan luas pandangan kan (^_~)v macam2 shoutbox dah jumpe hehe

kalau nak tips cam ne wat shoutbox cam nie boleh la ke blog shimaemma

Award Follower~100

Assalamualaikum, to all my frend in this blogging area.

xtually award nie lama dh aku nak buat bagi kat follower yg ke-100 cuma xda kesempatan masa utk wat award tu so, ri nie walaupun keadaan kesihatan yg xberapa nak mengizinkan aku cuba jgk create award tu dan inilah hasilnye


'Create
copy this code:


award nie aku berbesar hati nak bagi kat cik fiqa
sebab dia jadi follower aku yg ke-100, thanks fiqa (^_~)v.

Award nie xperlu syarat ape2 pun just amik letak kat your blog simple rite dan nantikan Award Follower yg ke-200 lak insyAllah jika diberi umur yg panjang amin~


besday

aLLah SelaMat Kn KaMu 2x
aLLah SeLaMaT Kn AZRUL EFFENDY

aLLah SeLaMat kn KamU

Hari nie besday my frend yg skrg berada di Lubnan menjalankan taggungjawabnya pada Negara semoga pada hari ini dan hari2 yg seterusnya hidupnya dipenuhi dengan kebahagiaan serta senantiasa berada didalam perlindungan ALLAH s.w.t insyAllah amin~

yg diatas tu hasil tangan aku sendiri menggunakan ps n photoscape, amacam ok x? anyway semoga kebahagiaan akan menjadi milik kita jugak (^_~)v

Sunday, December 12, 2010

The Chronicles Of Narnia - Voyage Of The Dawn Treader



petang td ngok movie nie ngn ofismate+adik die, enjoy sesangat. watak Eustace paling kelakar hehe. tak rugi menontonnya (^_~)v

mencari ketenangan

serabut fikiran pasti akan pergi bila berada di sini, kedamaian dengan gemersik bunyian air laut yg berlaga antara mereka membuatkan jiwa setenang tenangnya perasaan *wink aku sukakan ketenangan ini~


ofis


nie kat tempat keje baru ngah makan apambalik panas2 sempat lagi posing padahal banyak keje tu hehe (^_~)v

7 golongan dinaungi Allah



Pada hari pertama pengadilan di padang mahsyar, seluruh manusia berhimpun semenjak manusia pertama iaitu Nabi Adam sehinggalah manusia terakhir. Keadaan manusia pada hari itu sesuai dengan amalannya semasa di dunia dahulu. Rasulullah SAWmenggambarkan ada tujuh golongan manusia yang akan mendapat pertolongan dan naungan pada hari itu, menerusi sabda beliau yang maksudnya:


Sebilangan manusia yang dinaungi Allah di bawah naungan-Nya pada hari kiamat iaitu hari yang tidak ada sebarang naungan padanya selain daripada naungan Allah; di antaranya ialah: Pemerintah yang adil, pemuda yang hidupnya sentiasa dalam mengerjakan ibadah kepada Tuhannya, orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid, dua orang yang berkasih sayang kerana Allah di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredaan Allah, orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk bersatu dengannya lalu ia menolak dengan berkata: Aku takut kepada Allah!, orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya, dan orang yang menyebut atau mengingat Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah. (HR. Abu Daud dan Ibnu Majah)
Terdapat tujuh golongan yang bakal mendapat naungan di hari akhirat kelak iaitu sesuai dengan hadith di atas, iaitu

1) Pemerintah yang adil. Pemimpin mestilah adil dalam melaksanakan tanggungjawab nya tidak kira siapa sahaja asalkan rakyatnya. Contoh utama pemimpin ialah Baginda Rasulullah melaksanakan Amanah yang diperintahkan Oleh Allah swt. Sekiranya keadilan ini berjaya ditunaikan, ganjarannya adalah amat besar sekali. Namun jika gagal, dia menjadi pemerintah yang zalim dan azab menanti di akhirat.

2) Pemuda yang hidupnya sentiasa mengerjakan ibadat kepada Tuhannya. Ini kerana sebaik-baik masa dan semahal-mahal harganya di dalam hidup seseorang manusia adalah ketika alam remaja kerana pada usia muda seseorang berbagai ujian dan godaan terpaksa ditempuhi. Maka beruntunglah pemuda yang berjaya melepasi rintangan itu.

3) Orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid. Seseorang yang gemar hadir ke masjid untuk mengimarah rumah Allah dengan ibadah dan menuntut ilmu. Kecintaannya dengan masjid mendorongkannya untuk mencari ilmu untuk beramal mendapat naungan Allah di padang mahsyar.

4) Dua orang yang berkasih sayang kerana Allah di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredaan Allah. Seharusnya ikatan kasih sayang yang dijalinkan sesama manusia mestilah ikhlas kerana Allah agar perhubungan itu mendapat pahala, restu dan keberkatan daripada-Nya. Hubungan yang terjalin di atas dasar yang bercanggah dengan syariat sehingga melanggar batas agama, adab kesopanan dan sebagainya adalah hubungan yang menjurus ke arah dosa dan maksiat.

5) Orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk berzina lalu dia menolak dengan berkata: Aku takut kepada Allah! Ini menunjukkan keimanan dan ketakwaan yang sebenar berjaya menangkis segala bentuk godaan yang datang. Hal ini bukanlah mudah kerana tanpa kekuatan iman seseorang itu pasti akan mudah terpengaruh dengan bisikan nafsu dan akhirnya terjebak dalam perbuatan zina.

6) Orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya. Ia menggambarkan mengenai keikhlasan hati orang yang bersedekah. Sesungguhnya tidak ramai orang dapat menyembunyikan kebaikan dilakukannya melainkan akan terdapat perasaan riak dan ingin menunjuk supaya mendapat pujian atau sanjungan dari orang ramai.

7) Orang yang menyebut atau mengingati Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah. Inilah sifat muslim mukmin sejati yang mempunyai perasaan cintakan Allah dengan sepenuh hatinya. Dia sentiasa memikirkan dan menghayati kejadian dan keagungan ciptaan Allah serta sifat-Nya yang Maha Agung. Oleh yang demikian hati, fikiran dan jiwanya terhindar daripada perkara yang melalaikan.

Wallahualam.

Keistimewaan dan Kebaikan Surah al-Fatihah

Sahabat yang dirahmati Allah,


" Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang. Segala puji bagi Allah. Tuhan seluruh alam. Yang Maha Pengasih dan Penyayang. Pemilik hari pembalasan. Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus (iaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepadanya, bukan (jalan) mereka yang dimurkai, dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat."


Surah al-Fatihah adalah surah Makkiyyah mengandungi tujuh ayat. Surah yang wajib dibaca berulang-ulang setiap rekaat semasa solat. Tidak sah solat tanpa membaca surah ini. Surah al-Fatihah juga dipanggil sebagai Umm al-Qur'an (ibu al-Qur'an) atau Umm al-Kitab (ibu al-Kitab)


Kita mengerjakan solat 5 waktu sehari, dan ini bermakna kita membaca Al-Fatihah sebanyak 17 kali setiap hari. Jadi, persoalannya, kenapa diwajibkan?Mungkin bagi sesetengah orang, kata-kata diwajibkan berbunyi seolah-olah suatu beban yang dipaksa ke atas orang Islam. Namun, bagi orang yang beriman, seharusnya, kata-kata diwajibkan tidak dirasakan suatu beban tetapi suatu penghargaan dan kerelaan.


Di sinila peranan mengenali diri amatlah penting. Kerana setelah mengenali diri sendiri, seseorang manusia itu boleh merasakan bahawa surah Al-Fatihah itu suatu keperluan yang bersesuaian dengan kehendak manusia. Manusia yang tidak akan berubah hakikatnya sebagai hamba Allah yang lemah dan sering membuat kesilapan tatkala hatinya berbolak-balik tiap saat tiap detik tatkala dilanda ujian. Dan Allah Maha Mengetahui hakikat ini. Bukankah Dia itu Maha Pencipta segala sesuatu?


Surah al-Fatihah adalah ibu al-Quran yang diasaskan dengan maksud-maksud secara menyeluruh, terdiri daripada usul ad-din dan cabang-cabangnya seperti aqidah, ibadah, tasyri’, iqtikad dengan hari akhirat, beriman dengan sifat-sifat Allah yang mulia, mengesahkannya dalam beribadah, meminta pertolongan dan do'a kepada Allah s.w.t.


Selain itu memohon hidayah ke jalan yang benar di samping menetapkan iman dan jalan orang-orang solehin, menjauhkan daripada golongan yang dimurka Allah dan yang sesat. Oleh itu Surah al-Fatihah juga dinamakan Um al-Kitab kerana menghimpun segala maksud-maksud asas.


As-Shahid Hasan al-Banna dalam risalahnya "Mukadimah fi at-Tafsir " berkata : "Tiada syak siapa yang tadabbur al-Fatihah yang mulia ini pasti dapat melihat kayanya makna dan keindahannya serta keserasiannya, antara lain dapat dilimpahi cahaya pada hatinya."


As-Shahid Syed Qutb dalam tafsirnya "Fi Zilal al-Quran" antara lain berkata : "Sesungguhnya surah ini mengandungi inti pati aqidah Islamiyah, tasawwur Islam, perasaan dan harapan do'a kepada Ilahi yang diisyaratkan daripada hikmah pemilihan surah ini pada setiap rakaat solat.


As-Syeikh Abdul Rahman Habannakah al-Midani di dalam kitabnya "Ma`arij at-Tafakkur" telah membahagikan inti pati Surah al-Fatihah kepada empat :


Pertama : Asas iman yang wajib diimani hamba-hamba Allah yang diujinya ketika hidup di dunia secara mesti.


Kedua : Tuntutan Allah terhadap hamba-Nya untuk beribadah dan bergantung kepada-Nya tanpa gangguan dengan yang lain.


Ketiga : Agama pilihan Allah bagi hamba-hamba-Nya yang diuji, hanya Sirat al-Mustaqim yang dapat kemenangan yang disuruh pohon hidayah kepada-Nya.


Keempat : Dua masa ujian iaitu ujian di dunia dalam kehidupan semenjak lahir dan hingga hari kiamat terhadap tuntutan Allah.


Oleh itu dinamakan surah ini Umm al-Quran kerana rangkuman segala inti pati al-Quran.


Sahabat yang dimuliakan,


Marilah kita hayati dan amalkan Surah al-Fatihah ini kerana ianya mengandungi tujuh keistimewaan yang tidak terdapat di dalam surah-surah lain di dalam al-Qur'an.


Pertama : Paling Besar (A’zham)


Abu Said al-Ma’alli r.a., katanya : “Aku sedang solat, lalu dipanggil oleh Rasulullah s.a.w., maka tak dapat aku menyahut. Sesudah aku selesai solat, aku datangi baginda, Rasulullah berkata : Kenapa engkau tidak segera mendatangiku ? Aku menjawab : Kerana aku dalam bersolat ya Rasulullah.Berkata Rasulullah : Bukankah Allah sudah berfirman : 'Hai orang-orang beriman, sahutilah seruan Allah dan Rasul bila menyeru kamu kepada apa yang menghidupkan kamu'. Kemudian baginda berkata : 'Aku akan mengajarkan kepadamu sebesar-besar surah di dalam al-Qur’an sebelum engkau keluar dari masjid ini'. Ketika Rasulullah akan keluar dari masjid, baginda memegang tanganku, lalu aku berkata : 'Ya Rasulullah, Engkau mengatakan mau mengajarkan kepadaku sebesar-besar surah di dalam al-Qur’an.'Berkata Rasulullah : 'Ya, ialah al-Hamdulillahi Rabbil “Aalamin (dan seterusnya), ialah 7 ayat yang berulang-ulang, dan itulah al-Qur’an al-‘Azhim yang telah disampaikan kepadaku” (Hadis Riwayat Bukhari, Abu Dawud, an-Nasa’i)


Kedua : Membaca Surah al-Fatihah sama seperti membaca Kitab Taurat, Injil, Zabur dan Al Qur’an.


Diriwayatkan dari Sayyidina Ali bin Abu Talib k.w. bahawa Rasulullah s.a.w. berkata maksudnya : “Siapa yang membaca Fatihatul-Kitab (al-Fatihah), maka seakan-akan dia telah membaca Taurat, Injil, Zabur dan al-Furqan (al-Qur’an)”.


Ketiga : Hanya Kepada Nabi Muhammad s.a.w. diiturunkan.


Ibnu Abbas r.a. katanya : “Pada suatu hari Rasulullah s.a.w. duduk bersama Jibril, tiba-tiba Rasulullah mendengar suatu bunyi dari atas, lalu Jibril menoleh ke atas, kemudian lalu berkata : “Itu sebuah pintu sudah terbuka di langit, dan tak pernah pintu itu terbuka sebelum ini”, dari pintu itu turun satu Malaikat, yang langsung menuju kepada Rasulullah, dan berkata : “Bergembiralah engkau (Muhammad) mendapat dua cahaya yang aku bawakan ini, yang tak pernah kedua cahaya ini diberikan kepada Nabi yang manapun sebelum engkau, kedua cahaya itu ialah Fatihatul-Kitab dan beberapa ayat di akhir Surah al-Baqarah, setiap huruf engkau baca dari keduanya pasti engkau mendapatkannya”.(Hadis Riwayat Muslim dan Nasa'i)


Keempat : Langsung mendapat jawapan daripada Allah s.w.t.


Siapa yang membaca Surah al-Fatihah, setiap ayat yang dibaca itu langsung dijawab oleh Allah. Dari Abu Hurairah r.a. katanya : “Kami berada di belakang Imam (bersolat), maka berkatalah Imam itu kepadaku : “Bacalah al-Fatihah dalam hatimu, karena aku telah mendengar Rasulullah s.a.w. mengatakan : Telah berkata Allah Azza-wa Jalla : Aku bagi solat (di sini maksudnya ialah al-Fatihah) antaraKu dan hambaKu menjadi dua bahagian (maksudnya : seperdua untukKu dan seperdua lagi untuk hambaKu), dan bagi hambaKu apa yang mereka minta. Apabila hambaKu itu berkata : “Alhamdulillahi Rabbil ‘Aalamin”, Allah menjawab : ”HambaKu memujiKu” ; dan apabila hambaKu berkata : “Arrahmaanir Rahiim” , Allah menjawab : “HambaKu menyanjungKu” ; dan apabila hambaKu berkata : “Maaliki Yaumiddin”, Allah menjawab : “HambaKu memuliakanKu”, dan apabila hambaKu berkata “Iyyaka na’budu wa iyyaka nasta’iin”, Allah menjawab : “Ini seperdua untukKu dan seperdua untuk hambaKu, bagi hambaKu, apa yang ia minta; dan apabila hambaKu berkata “Ihdinashshiraathalmustaqiim, shiraathal ladzina an’amta ‘alaihim, ghairil maghdhuubi ‘alaihim waladh-dhaalliin”, Allah menjawab : Ini semuanya untuk hambaKu, dan bagi hambaKu apa yang ia minta”.(Hadis Riwayat Muslim)


Kelima : Aman Dari Segala Bahaya.


Diriwayatkan oleh al-Buzar dari Anas r.a. : Bersabda Rasulullah s.a.w. maksudnya : “Bila engkau baca al-Fatihah dan Qul Huwallahu Ahad maka amanlah engkau dari segala sesuatu, kecuali dari maut”.


Keenam : Langsung Dari Arasy


Dari Ma’qal bin Yasaar r.a. : Telah berkata Rasulullah s.a.w maksudnya : “Amalkanlah segala apa yang tersebut di dalam al-Qur’an, halalkanlah apa yang dihalalkannya, haramkanlah apa yang diharamkannya, dan patuhilah ia, jangan sekali-kali engkau engkar apa-apa yang tersebut di dalamnya, dan apa-apa yang kamu ragukan (maksudnya), kembalikanlah kepada Allah dan orang-orang yang mempunyai pengetahuan sesudah meninggal aku nanti, supaya diterangkannya kepada kamu, dan berimanlah kamu dengan Taurat, Injil dan Zabur, dan apa saja yang dibawa oleh para Nabi dari Tuhan mereka, dan akan memberi kelapangan kepadamu al-Qur’an dan segala keterangan yang tersebut di dalamnya, maka sesungguhnya al-Qur’an itu Pemberi Syafaat, sesuatu yang tak pandai bercakap tetapi membawa kebenaran, dan kepadaku diberikan Allah Surah al-Baqarah dari ZIKIR PERTAMA (Kitab-Kitab Suci yang diturunkan sebelum Musa a.s.) dan diberikan kepadaku surah yang berawalan Thaha, Thasin dan Hamim dari Papan-papan Musa (maksudnya : TAURAT), dan diberikan kepadaku Surah al-Fatihah langsung dari Arasy”.(Hadis Riwayat al-Hakim)


Ketujuh : Sebagai Ubat dan jampi.


Dari Abu Said al-Khudri r.a. “Pada suatu hari kami bersama-sama dalam perjalanan, bermalam di satu dusun. Datang kepada kami seorang budak perempuan dan berkata : “Sesungguhnya kepala desa ini sakit dan tak seorangpun di antara kami yang dapat mengubatinya, adakah diantara tuan-tuan yang dapat mengubatinya ?” Salah seorang dari rombongan kami berdiri dan mengikuti budak tadi. Kami tidak mengira yang ia dapat menjadi dukun. Si sakit itu lalu dijampinya dan sembuh. Kepadanya diberi hadiah 30 ekor kambing, dan kepada kami disuguhkan susu. Ketika ia kembali kami bertanya : “Apakah engkau membolehkan jampi, dan apakah engkau tukang jampi ?” Ia menjawab : “Tidak, saya bukan tukang jampi, tetapi aku hanya membacakan Ummul-Kitab (al-Fatihah).” Kami katakana : “Kejadian ini jangan dikabarkan kepada siapapun, sebelum kita tanyakan kepada Rasulullah s.a.w. lebih dahulu”. Sesudah kami sampai di kota Madinah, kami datangi Rasulullah s.a.w. dan kami ceritakanlah kejadian itu. Rasulullah lalu berkata : “Siapa tahu bahwa surah itu (al-Fatihah) adalah jampi (ubat) bagilah hadiah itu dan berikan saya sebahagian darinya”.(Hadis Riwayat Bukhari)


Sahabat yang dikasihi,


Surah Al-Fatihah sebenarnya macam suatu do'a dan munajat kita sebagai hamba-Nya. Adalah penting untuk kita sentiasa mengharapkan pertolonganNya. Konsep kepercayaan kepada Tuhan yang Esa dan konsep bergantung kepada Allah s.w.t. sahaja.


Didalam surah ini juga terangkum Tauhid Rububiyah dan Tauhid Uluhiyah. Di dalam Tauhid Rububiyah mengandungi sifat-sifat kesempurnaan Allah s.w.t., nama-nama Allah yang mulia dan dan kekuasaan Allah s.w.t mentadbir Allah semesta dan berkuasa di hari akhirat.


Di dalam Tauhid Uluhiyah pula adalah pengabdian diri sepenuhnya manusia kepada Allah s.w.t., termasuk juga penyembahan, pergantungan dan pengharapan manusia kepada-Nya.


Jalan yang lurus dalam surah ini bermaksud jalan hidup Islam yang sempurna dan lengkap. Jalan yang membolehkan manusia merasai nikmat iman, jalan ketaataan, jalan beramal dan beribadah hanya kerana Allah, jalan melakukan kebaikan dan menjauhi keburukan, sebagaimana yang dikehendaki dan diredhai oleh Allah s.w.t.. Jalan-jalan lain yang bengkuk adalah jalan syaitan yang akan menyesatkan manusia.


Siapakah golongan yang diberi nikmat oleh Allah s.w.t.? Allah s.w.t menjelaskan dalam surah An-Nisa' bahawa mereka yang diberi nikmat adalah para Nabi, para shiddiqun, orang-orang yang mati syahid dan orang-orang soleh seperti didalam firman-Nya yang bermaksud :"Dan barangsiapa yang menaati Allah dan Rasul-Nya, mereka itu akan bersama-sama dengan orang-orang yang dianugerahi nikmat oleh Allah, yaitu para nabi, para shiddiqun, orang-orang yang mati syahid, dan orang-orang saleh. Dan mereka itulah teman yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah karunia dari Allah, dan Allah cukup mengetahui." (Surah An-Nisa': 69 -- 70).


Di akhir surah ini minta dijauhi daripada orang yang dimurkai Allah s.w.t dan orang yang sesat. Siapkah orang yang sesat dan orang yang dimurkai Allah? Menurut Hadis Nabi s.a.w.: "Orang-orang yang dimurkai" itu ialah kaum Yahudi, dan “Orang-orang yang sesat” ialah kaum Nasrani.” (Tafsir Al-Alusi, 1:90).


Ada juga Ahli Tafsir yang memberikan huraian lanjut mengenainya. Menurut Sahibul-Fadhilah Datuk Haji Muhammad Noor bin Haji Ibrahim - Penyemak Kitab Tafsir ini - bahawa kesimpulannya seperti berikut:


“Orang-orang yang dimurkai Allah” ialah orang-orang yang mengingkari atau menyembunyikan sesuatu perkara agama yang telah diketahuinya betul dan benar, atau orang yang tidak mahu menerima sesuatu hukum agama yang sampai kepadanya dengan keterangan-keterangan yang sah kerana beberapa sebab yang mempengaruhi jiwanya seperti: perasaan takassub atau fanatik kepada sesuatu pendapat, keinginan hendak menjaga nama dan taraf, ingatan hendak memelihara keadaan dan kedudukannya yang turun temurun, atau fikiran hendak menghormati sesuatu keadaan masyarakat.


"Orang-orang yang sesat” pula ialah orang-orang yang tidak berpengetahuan agama kerana tidak berusaha untuk mempelajarinya atau orang yang pengetahuan agamanya tidak betul, kerana dipelajarinya dengan tidak menurut peraturan dan jalan yang sebenarnya. Orang-orang yang tersebut kalau mereka tidak sesat dalam urusan kebahagiaan hidup dunia kerana sihat pancaindera dan tepat pendapat akal mereka pada zahirnya, maka tak dapat tidak mereka sesat dalam urusan kebahagiaan hidup di akhirat. kerana pengetahuan agama Allah sahaja yang sanggup menunjuk dan membimbing pengikutnya kepada kebahagiaan akhirat.


renung-renungkan dan selalulah beramal

BAIK DIAM jep...kan?



Nabi s.a.w bersabda "Mahukah kamu aku khabarkan kepadamu, dengan semudah-mudah ibadat dan sesenang-senang atas tubuh,ialah diam dan baik perangai"

"Barangsiapa yang banyak perkataanya nescaya banyaklah dosanya dan barangsiapa yang banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya"


Jika tidak dapat berkata-kata yang baik lebih baik mendiamkan diri. Berkata baik itu hendaklah kepada semua orang. Ketika Nabi s.a.w disarankan agar mengutuk orang-orang musyrik, baginda menjawab "Aku tidak diutuskan untuk (melemparkan) kutukan, tetapi sesungguhnya aku diutuskan sebagai (pembawa) rahmat" (Riwayat Bukhari dan Muslim)


Banyak kelebihannya berdiam diri. Orang yang pendiam itu lebih baik daripada orang yang suka berbicara yang tidak keruan. Baik perangai dan pendiam, kedua-duanya adalah sifat yang baik dan tidak susah mengerjakannya, asalkan hati menyuruh empunya diri berbuat demikian.


HIKMAH DIAM
1. Sebagai ibadah tanpa bersusah payah.

2. Perhiasan tanpa berhias.

3. Kehebatan tanpa kerajaan.

4. Benteng tanpa pagar.

5. Kekayaan tanpa meminta maaf kepada orang.

6. Istirehat bagi kedua malaikat pencatat amal.

7. Menutupi segala aib.


Manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali dengan diam. Jalan yang terbaik ialah diam kalau kita tidak dapat berbicara tentang perkara-perkara yang baik. Bicara yang baik adalah lambang hati yang baik dan bersih yang bergantung kepada kekuatan iman manusia itu sendiri. (Riwayat Abu Naim)


" Diam orang mukmin itu ibadah,
Ibadah tanpa perbuatan,
Ibadah rasa,
Ibadah ini tidak meletihkan,

Kadang-kadang ibadah ini lebih baik daripada ibadah sunat,
Yang hatinya didalam kelalaian,
Macamana orang mukmin itu diamnya menjadi ibadah?

Kadang-kadang memikirkan dosanya,
Kadang-kadang memikirkan apa kebaikan yang nak dibuat,
Kadang-kadang memikirkan nak menolong kawan,
Kadang-kadang dia terasa kebesaran Tuhan,

Atau dia meniatkan, dia diam itu,
Tidak mahu bercakap yang bukan-bukan,
Kadang-kadang dia diam itu,
kalau dia bercakap,
Takut dia melakukan kesalahan,
Seperti dia mengumpat atau,
Kalau dia bercakap, takut-takut menyakiti hati orang,
Atau dia diam itu, menghormati percakapan orang,

Mungkin orang itu bercakap baik dapat pengajaran,
Atau dia hendak mengenal orang yang bercakap itu,
Baik atau jahat,
Dia biarkan saja orang itu bercakap,
Dan mendengar sahaja,
Kerana nak mengenal orang itu,

Kadang-kadang dia diam itu memikirkan dosa-dosa yang lalu,
Ataupun kecuaian dan kelalaian,
Yang telah dibuat, supaya dia bertaubat,
Ataupun mengingatkan ilmu pengetahuan,
Ataupun pengetahuan yang dilupakan datang semula ingatan"
Itulah yang dikatakan oleh pepatah Melayu,
Diam-diam ubi berisi
DAN...banyak diam tidak semestinya bodoh, banyak bicara tidak semestinya cerdik, kerana kecerdikan itu buah fikiran, orang cerdik yang pendiam lebih baik daripada orang bodoh yang banyak bicara...





pedoman

Sabar hadapi kesusahan tingkat takwa.

KETAKWAAN kepada Allah menuntut kita agar mempunyai sifat sabar dan menguatkan kesabaran kita sepanjang masa. Tanpa sabar, mustahil manusia mencecah kaki menuju gerbang ketakwaan. Apabila kita menyebut takwa, beerti mestilah tunduk, patuh dengan suruhan Allah dan menjauhi segala larangannya. Melaksanakan segala perintahnya dan meninggalkan segala tegahannya, sangat memerlukan kesabaran. Sabar bukan saja berkait dengan kemarahan, sebaliknya ia bersifat menyeluruh dimana ia membabitkan soal kehidupan, sabar menghadapi dengan hidup, sabar melakukan sesuatu perkara yang membabitkan tuntutan agama dan pekerjaan sehari-hari dan sabar terhadap hawa nafsu sendiri. Abdul Rahman Abdullah bin Masud ra berkata: "Aku masih terbayang Rasulullah menceritakan mengenai seorang nabi daripada nabi sebelum Rasulullah yang disiksa (pukul)oleh kaumnya hingga berlumuran darah. "Dia mengesat darah mukanya sambil membaca, yang bermaksud: Ya Allah ampunilah kaumku oleh kerana sesungguhnya mereka tidak mengetahui". Keindahan sabar ini sangat nyata sekali apabila kita berjaya mencegah diri daripada mengerjakan perkara mungkar walaupun kita berpeluang melakukannya. Ramai orang yang mendakwa dirinya akan bersabar melakukan kemungkaran dan ini mungkin benar ketika kita tidak berpeluang melakukan kejahatan. Tetapi bagaimana kalau sekiranya kita berpeluang, malah diberi tawaran dan kemudahan untuk melakukan kemungkaran. Kita tidak melakukan zina kerana kita tidak berpeluang zina dan kita tidak melakukan pecah amanah, ketika kita tidak berpeluang melakukannya. Tetapi adakah kita tidak akan melakukan zina dan pecah amanah walaupun kita berpeluang dan diberi peluang untuk melakukannya. Bagaimanapun, janganlah kita meminta kepada Allah agar diuji kesabaran dan keimanan kita kerana kemungkinan kita tidak dapat bersabar sebagaimana yang dikehendaki. Sesungguhnya manusia tidak terlepas daripada malapetaka dan kesusahan dalam kehidupan seharian. Oleh itu bersabarlah, mudah-mudahan kita semua dirahmati Allah diberi kemenangan di dunia dan akhirat. Riwayat Abu Hurairah ra. sesungguhnya Rasulullah bersabda: Tiada seorang Muslim pun yang tidak mengalami penderitaan, kesiksaan, kebimbangan, dukacita, kemelaratan dan kesedihan sehingga cucukan duri yang mengenainya melainkan dihapuskan oleh Allah sebahagian daripada kesalahannya. Firman Allah di dalam surah Al-Imran ayat 200 bermaksud: "Wahai orang-orang yang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap sedia diperbatasan negerimu dan bertakwalah kepada Allah, supaya kamu mendapat keuntungan daripada Allah".

Kesimpulannya, marilah kita sama-sama mempertingkatkan kesabaran dalam melaksanakan amanah Allah, menjauhkan larangannya dan menghadapi segala yang menimpa diri.


Saturday, December 11, 2010

software


nie lagi one blog free download software, ape lagi jom kita sebu reramai download ape yg patut sebab free kan hehe sambil2 tu promote blog kengkawan tul x?....

free software store



Barbie Fashion Fairytale


baru je habis ngok cartoon barbie at tv3, i'm adore wif it hehe mmacam nak balik zaman childhood laks ape pun memang enjoy td nye fairytale so sweet (^_~)v *wink wink

Friday, December 10, 2010

software

Assalamualaikum,
kali nie nak share satu lagi blog ngan u all, blog nie ada software macam2 untuk u all download secara free jadi sudi2 la gi lawat blog nie yek tenkiu (^_~)v

portabler Appz Free Download


Wednesday, December 8, 2010

Header

dalam dok tinjau blog kawan2 terjumpe one blog nie yg mcm nice for sharing wif you all, blog nie menawarkan sesuatu bagi blogger yg inginkan header yg kreatif dari sentuhan

myra

jadi korang bolehlah lawati blog cik myra nie untuk detail sambil2 bantu kengkawan up kan duit poket mereka, tak rugi bila saling bantu membantu (^_~)v

sambil tu aku pun promote ler kat my forum kdperak.com
under topik blog layout

suke tolong kawan2 itulah aku~LyNMafia80


Tuesday, December 7, 2010

follow iris

pagi yang begitu indah untuk permulaan tahun baru ini, wah pagi2 bila on blog ramai dh tgglkan jejak2 mereka di my shoutmix anyway tenkiu 4 stopping by and insyAllah i will follow ur blog back.

dalam dok intai2 blog kengkawan ada one blog nie iris Asli
hargai sangat sebab xsangka iris nie sudi masukkan my blog dalam dia nye entry. anyway tenkiu so much iris. so, kengkawan apa lagi kita reramai singgah blog iris and follow.

yang nie ayat aku amik dari entry blog dia-----> 'jom follow blog iris Asli, dia suka review blog follower dia.'

ingat kengkawan tolong menolong amalan mulia~

Salam Maal Hijrah 1432


buat semua semoga perjalanan hari ini akan menjadi perjuangan untuk hari-hari seterusnya dalam mencari redha ilahi insyAllah amin~


Sunday, November 28, 2010

outing (^_~)v

nie kat Jusco Bukit Indah, pas je taklimat kami semua gi cnie saje jalan2 cuci mata sambil2 amik gambar ngn christmas three yg diperbuat dari botol2 plastik masuk rekod tu (^_~)v

aku nie memang xleh jumpe cermin nak snap je hehe (gambar atas)



nie time nak balik hujan lebat la plak huhu~(gambar atas)




cute kan baby nie, time nak tunggu keta my frend sampai tetibe ada parent chinese nie mai kat kami mintak tolong pegangkan anak dia huhu~ nasib jumpe kami klu org len xtahu la dh dibawak lari gamaknya budak nie, zaman skrg nie xselamat kan (gambar atas)
Thursday, November 25, 2010

Award from kwn2 blog

sorry, xtually lame dh aku nak post pasal award yg aku dpt nie tp tu la xda idea nak typing hehehe (^_~)v ok2 berikut adalah award2 yg aku dpt sejak mula blogging nie, xtually xtau pun cm ne nk amik award2 nie so nie je hasilnye....

1st award yg aku dpt nie dr tinta pena sbb jadi follower die, thanks to tinta pena

2nd award yg aku dpt nie lak dr shimaemma, yg nie aku grab je dr blog die random katanye anyway thanks to shimaemma

kalau ada award2 lain boleh la bg kat aku yek hehehe (^_~)v


pizza Hut (^_~)v






ahaks nie time out lunch wif my ofismate last week, yg belanja me ngn kwn2 adalah Miss Suguna teacher at my school. kalau nak tahu sejak keje kat tempat baru nie aku jadi kuat makan, asal makan je aku la tu hehehe the way enjoy my single life(^_~)v


Tuesday, November 23, 2010

www.kdperak.com


... kalau korang nak tahu skrg aku bnyak lepak cnie ----> http://www.kdperak.com/portal/

jom la reramai meriahkan chatroom nie. 1st yg invite aku join cnie 1 of my best frend Fazz sbb dia tahu aku memang cinta giler ngan NAVY nie ahaks mula2 aku join xmeriah mcm skrg nie. Aku selalu singgah ngok web nye tp suram je. Pastu tetibe ia kembali hidup agaknye sbb aku selalu singgah kot (mak aih naik lif tekan sendiri nampak hehehe ^_~v). Makin seronok bila join nie aku boleh kembali berforum mcm dulu dan dapat ramai kawan baru. xkurang dapat ilmu lagi. B4 nie aku selalu lepak navy.mil, cnie pun kira ok jgk sbb webnya besar cuma beza xda chatroom cm skrg nie la. Ape pun thanks to webmaster yg sudi lantik aku jadi admin, bila tugas diberi terus aku jalankan ngn penuh amanah walaupun aku bkn dr warga KD PERAK. Bagi aku ape pun tugas yg digalas haruslah dipikul dgn penuh tggungjawab even kuasa xbesar mane pun, lastly SEDIA BERKORBAN~

p/s: jangan lupe singgah yek kawan2 (^_~)v


Sunday, November 21, 2010

LifE~LivE~LovE (^_~)v

Asmaul Husna


About Me

My Photo
LyNMafia80
i'M WithOut LOVE is DiE
View my complete profile

My Dream Will Come True InsyAllah

LIMA Langkawi
Prince Charming
Nikon DSLR
Kerjaya

BaNNER kawaN2

create your own banner at mybannermaker.com!



Photobucket

Powered by BannerFans.com

gayah x 2

Create your own banner at mybannermaker.com!

AcuRoseDay

miszalina

Create your own banner at mybannermaker.com!

Create your own banner at mybannermaker.com!

create your own banner at mybannermaker.com!





Photobucket

Create your own banner at mybannermaker.com!

weedaliem

create your own banner at mybannermaker.com!

create your own banner at mybannermaker.com!

Create your own banner at mybannermaker.com!

tag2

/centre>

link to M.I.B

create your own banner at mybannermaker.com!

Suarapeople

tag2

”ayieslife”

Award's

contest

 

Net Blog

i F~oLLO~w

Powered by Blogger.